Thursday, April 18, 2013

bahaya penggunaan laptop tanpa bateri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil mengecas bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya. Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi. Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara 2-3 tahun.

Wednesday, January 26, 2011

bahaya air sejuk



Ramai dikalangan masyarakat kita gemar meminim air sejuk.
Tapi tahukah anda bahawa air sejuk ada keburukannya.

    Menurut catatan yang terkandung dalam  buku Ath-thibb an-nabawi, As-Suyuti
berkata air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Justeru, elakkan meminum air sejuk
kerana air sejuk mengganggu fungsi enzim-enzim pencernaan. Ini melambatkan
proses pencernaan. Selain itu, air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan
terutamanya sesudah makan

memastikan keaslian madu

Adakah anda pernah didatangi penjual madu asli dan menawarkan harga yang murah berbanding harga pasararan?
Dan anda merasakan ragu-ragu tentang keaslian madu tersebut.
  Cara yang betul bagi menguji keaslian madu adalah deangan mengukur keasidannya . PH bagi madu adalah antara 3.4 dan 4.5 .
Selain itu, anda boleh menitiskan madu ke atas kertas akhbar, ia tidak mudah diserap manakala yang sebaliknya berlaku 
adalah madu tiruan. bagi mendapat manfaat madu, pastikan keasliannya diperiksa terlebih dahulu

enzim dlm madu

Tahukah anda bahawa madu menggandungi pelbagai enzim yang bermanfaat
bagi menjaga kesihatan dan mengubati penyakit .

Antara enzim itu adalah:
1.       Diastase yang bermanfaat mengubah polisakarida menjadi
          monosakarida

2.       Invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa

3.       Glukosa oksidase mengubah glukosa menjadi asid peroksid

4.       peroksidase menjalankan proses oksidasi metabolik

5.       lipase memecahkan lemak kompleks menjadi asid lemak

   secara keseluruhannya, semua inzim itu bermanfaat untuk tubuh.
Namun begitu, bagi memastikan enzim di dalam madu tidak rosak,
pastikan anda menyimpanmadu dengan betul.

cara penyimpanan madu dgn betul

Ramai oraang menyangka bahawa madu asli mudah rosak. Adakah sangkaan itu betul ?
  sebenarnya madu asli tidak mudah rosak. bagi mengekalkan kualitinya, simpan madu di dalam
bekas  kaca kedap  udara dan pada suhu bilik. Selain itu, jauhkan ia daripada sinaran matahari dan
lain-lain sinaran. justeru , daya antibiotik dan enzim yang ada di dalamnya tidak mudah rosak. jika
enzimnya rosak,maka meminum madu tidak ada bezanya dengan meminum air gula biasa. salah
satu kegunaan madu adalah bagi merawat cirit birit

Tuesday, January 25, 2011

info madu asli mampu merawat luka

Madu merupakan anugerah Allah kepada hambanya.
Dan tahukah anda bahawa madu mampu menyembuhkan luka?
  Menurut kajian, madu mampu menyembuhkan luka kerana madu bersifat higroskopis iaitu dapat menyerap
kotoran nanah ataupun serum. Antibiotik yang terdapat dalam madu dapat menyembuhkan  kuman dalam luka

cara menggunakannya adalah dengan :
1.    Membersihkan luka dengan air suam

2.    sapu madu pada luka

3.    biarkan sekurang-kurangyna dua jam

 selain itu, madu juga mampu mengaringkan bisul

info